Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN LENCANA VOKESYEN LOGISTIK DAN LENCANA VOKESYEN KERANI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

90002.jpgPENANJONG GARISON, Rabu, 11 Januari 2023 – Majlis Perasmian pemakaian Lencana Vokesyen Logistik dan Kerani ABDB telah sempurna dilaksanakan pada hari ini bertempat di Markas Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Ahli Badan Eksekutif IL ABDB, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, Pegawai Turus Logistik, Jabatanarah Logistik, Kementerian Pertahanan selaku Training Requirement Authority (TRA) dan Sarjan Mejar Regimen IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian lencana kepada Jurulatih-jurulatih dan ahli-ahli tetap Cawangan Latihan Logistik dan Cawangan Latihan Kerani SPT IL ABDB yang berkelayakan.  Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Tetamu Kehormat Majlis. Dalam ucapan beliau menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota yang terlibat dalam merealisasikan cadangan pemakaian lencana tersebut. Di kesempatan itu juga, beliau turut mengucapkan syabas serta merakamkan penghargaan kepada semua lapisan kepimpinan peringkat SPT IL ABDB di atas kejayaan yang telah diraih sempena HUT SPT IL ABDB ke 14 tahun. Majlis kemudianya diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan sesi bergambar ramai.

Pemakaian Lencana Vokesyen Logistik adalah bagi Pegawai-Pegawai yang telah berjaya menghadiri Kursus Asas Pegawai Logistik dan anggota-anggota PTB Rendah yang telah berjaya menghadiri Kursus Lanjutan Logistik di SPT IL ABDB atau sebanding dengan nya. Manakala Pemakaian Lencana Vokasyen Kerani adalah bagi anggota-anggota yang telah berjaya menghadiri Kursus Lanjutan Kerani di SPT IL ABDB. 

Perasmian penyampaian lencana ini merupakan salah satu mercu kejayaan SPT IL ABDB yangmana ianya memberikan pengiktirafan dan penghormatan serta identiti yang bermakna bagi anggota-anggota logistik dan kerani yang berkelayakan. Disamping itu, ianya menjadi satu motivasi dan dorongan bagi anggota-anggota ABDB. 

90001.jpg

900010.jfif
900012.jpeg

90003.jfif