Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS MEMANDU LESEN KELAS 3 SIRI 2/2022


003.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 21 Nov 2022 – Majlis Pembukaan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 Siri 2/2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Iveco CLM SPT IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Mejar Dk Nurhazrimah binti Pg Hj Hassanan, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kesihatan Keselamatan Kerja SPT IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Jurulatih Memandu dan Jurulatih-Jurulatih CLM SPT IL ABDB.  

Kursus Memandu Lesen Kelas 3 Siri 2/2022 ini dikendalikan selama enam (06) minggu bermula daripada 18 Nov 2022 hingga 30 Dis 2022 dan disertai seramai tiga puluh sembilan (39) anggota.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian pembukaan kursus daripada Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh 50310 Kpl Muhaimin bin Rosmalee dan seterusnya sesi bergambar ramai.

002.jpg