Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERLAWANAN SUKAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

03.jpegPENANJONG GARISON, Juma'at, 18 November 2022 – Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah mengadakan Perlawanan Sukan Olahraga di antara unit-unit khususnya bagi ahli-ahli tetap di bawah naungan Sekolah ini yang diadakan di Mini stadium, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi acara perlawanan ini ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan Bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB. Turut hadir pada perlawanan olahraga tersebut ialah Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai, Sekolah Sarjan Mejar, peserta-peserta kursus daripada SPT IL ABDB dan juga Pengadil-pengadil Jemputan daripada Kompeni Pentadbir IL ABDB.

Perlawanan Sukan Olahraga ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk sifat kekeluargaan di antara anggota-anggota di bawah naungan SPT IL ABDB bagi membentuk semangat berpasukan yang berjaya. Di samping itu juga, ianya adalah menggalakkan ke arah budaya yang sihat serta kekuatan fizikal yang mampan dan semangat persaingan yang sihat dan muhibah di kalangan SPT IL ABDB. Perlawanan tersebut disertai oleh semua ahli-ahli tetap SPT IL ABDB iaitu Markas SPT IL ABDB, Cawangan Latihan Logistik (CLLog), Cawangan Latihan Teknikal Darat (CLTD), Cawangan Latihan Kewangan (CLKwgn), Cawangan Latihan Kerani (CLK), Cawangan Latihan Memandu (CLM), Cawangan Latihan Membaca Peta (CLMP) dan Cawangan Latihan Kesihatan dan Keselamatan Kerja (CL3K).

sejurus ketibaan, Tetamu Kehormat telah disambut oleh Pengerusi Perlawanan, 16663 Staf Sarjan Muhammad Sihamuddin bin Haji Abd Rahman dan acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh 17640 Staf Sarjan Abdul Hafiz bin Haji Abd Jalil.   Acara diteruskan dengan sesi taklimat perlawanan yang disampaikan oleh 16883 Staf Sarjan Haji Mohd Shafie bin Haji Mohammad.

Perlawanan sukan olahraga dimulakan dengan acara larian pecut perseorangan 100 meter bagi lelaki yang dijuarai oleh 50310 Lans Koperal Muhammad Muhaimin bin Rosmalee daripada CLM dan diteruskan dengan larian 100 meter bagi wanita yang telah dijuarai oleh 780 Mejar Roziahani binti Mohd Jaya daripada CLKwgn. Acara larian berganti-ganti (Relay) pula diteruskan selepas larian perseorangan tersebut iaitu larian pecut 4 x 100 meter dan 4 x 100 meter Chain of Command Brisk Walk. Bagi acara larian pecut 4x100 meter telah dimenangi oleh Johan ialah CLKwgn, Naib Johan ialah CLM dan ketiga ialah CLK. Manakala bagi 4 x 100 meter Chain of Command Brisk Walk pula dimenangi oleh Johan ialah daripada gabungan Pegawai, Naib Johan ialah Pegawai Waran dan Ketiga ialah Staf Sarjan dan Sarjan.

Selepas perlawanan sukan olahraga telah selesai diadakan, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan juga cabutan undi bertuah. Acara perlawanan diakhiri dengan bergambar ramai serta laungan Maju Sukan untuk SPT IL ABDB. 

01.jpeg
02.jpeg04.jpeg