Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI TAKLIMAT KEPIMPINAN PEGAWAI PEMERINTAH BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI DAN JURULATIH-JURULATIH SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

185.jpg Penanjong Garison, Jumaat, 28 Oktober 2022 – Sesi taklimat Kepimpinan telah disampaikan oleh Yang Mulia Lt Kol (U) Pg Mohd Farisan bin Pg Hj Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) bertempat di bilik kuliah Iveco Cawangan Latihan Memandu (CLM), Penanjong Garison. Hadir semasa sesi perkongsian tersebut ialah Ketua-Ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih SPT IL ABDB.

Sesi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian taklimat kepimpinan oleh Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB. Tujuan bagi sesi kempimpinan ini adalah untuk mengkongsikan ilmu kepimpinan di dalam ketenteraan kepada semua pegawai-pegawai dan jurulatih SPT IL ABDB. 

Semasa sesi taklimat tersebut, beliau mengongsikan kepentingan kepimpinan di dalam sebuah organisasi. Antara perkara-perkara yang disampaikan adalah  mengenai kepentingan dalam memahami Doktrin ABDB. Dengan membaca dan memahami Doktrin tersebut akan menjadikan sesebuah unit berfungsi dengan effisien dan berkesan, ini termasuk memahami tugas dan tanggungjawab, visi dan misi, peranan kepimpinan di peringkat Strategik, Operasi dan Taktik dan aplikasi Prinsip Peperangan (Principle of War) di dalam menjalankan tugas yangmana releven kepada pengendalian kursus dan latihan. Beliau juga menyentuh mengenai kepentingan Nilai-nilai Teras ABDB, 4 sifat utama Nabi Muhammad (SAW) dan tanggungjawab anggota-anggota SPT dalam mendokong Falsafah Melayu Islam Beraja.

Sesi Kepimpinan bersama Pegawai Pemerintah SPT ini merupakan sesi pertama dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meluaskan ilmu dan pengetahuan serta keyakinan kepada pegawai-pegawai dan jurulatih SPT IL ABDB selaku contoh (role model) kepada ahli-ahli kursus. Inisiatif ini akan dilaratkan kepada semua lapisan peringkat kepimpinan di dalam SPT IL ABDB dari semasa ke semasa. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Penutup. ​