Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022.

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 22 September 2022 - Majlis Penutupan Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022 telah lancar dan sempurna dilaksanakan. Seramai 05 anggota telah terpilih untuk mengikuti kursus ini yang terdiri daripada 02 anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, 01 anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 02 anggota dari Kementerian Pertahanan yang bermula pada 29 Ogos 2022 hingga 23 September 2022 selama 4 minggu yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  Ini adalah salah satu kursus kerjaya mandatory (dimestikan) bagi setiap anggota yang berjawatan Ketua Pelayan Mes bagi melayakkan kenaikan pangkat mengikut Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) Am.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB, bertempat di Blok D Pusat Evolusi Cawangan Latihan Logistik SPT IL ABDB. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Kapten Shazwani binti Ali, Ketua Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pegawai Waran Latihan, Jurulatih-jurulatih, Bantuan Tenaga Pengajar dan para jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat suci Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah dari ayat 168 hingga 173 yang dibacakan oleh Yang Mulia 50603 Lkpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dan diikuti dengan ulasan ringkas dari Yang Mulia 21185 PW2 Ummi Nazrah binti Haji Chuchu, Ketua Pengendali Kursus.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kursus dan penerima-penerima sijil terbaik bagi Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022.   Bagi penerima penuntut Terbaik keseluruhan disandang oleh 50603 LKpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.   Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 19580 Kpl Md Sumari bin Hj Nualam dari Pejabat Pemerintah Garison, Kementerian Pertahanan dan Penuntut Terbaik Praktikal disandang oleh 17868 LKpl (U) Mohd Shahrul Bahrin bin Mahmud dari unit Tentera Udara Diraja Brunei.

Setelah selesai penyampaian sijil-sijil, Tetamu kehormat memberikan sedikit ucapan tahniah serta menutup rasmi kursus. Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya berucap bahawa peserta kursus ini telah dibentuk untuk mempertingkatkan pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan untuk mempertingkatkan nilai pengetahuan di dalam bidang pengurusan mahupun pengendalian sajian makanan di dalam unit Angkatan Tentera ataupun agensi pertahanan yang lain bagi memastikan pengurusan di dalam sesebuah organisasi rumah masak mahupun mes-mes dengan lebih efektif dan produktif.  Apa yang diharapkan, para peserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami peraturan-peraturan di Rumah Masak mahupun Mes Pegawai dan Mes Pegawai Waran/SSjn/Sjn.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dari Yang Mulia 50603 Lkpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dan seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.