Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN SIRI 1/2022

5.jpgInstitut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Isnin, 16 Mei 2022 – Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Siri 1/2022 Secara Bersemuka.

Majis pembukaan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Timbalan Pegawai Turus Kewangan Cawangan Latihan Kewangan, SPT IL ABDB. Kursus ini disertai oleh sejumlah 33 anggota yang terdiri daripada 15 Pegawai ABDB dan 18 Pegawai Waran ABDB bermula pada 16 Mei 2022 hingga 27 Mei 2022.

Kursus ini dijalankan selama 02 minggu yang bertujuan untuk melayakkan perserta kusus memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Amanah di Unit-Unit ABDB. Ianya juga adalah sebagai salah satu kursus Mandatori Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam mendokong kriteria bagi sokongan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.