Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H BAGI PERINGKAT PENANJONG GARISON

5.jpgPenanjong Garison, Isnin, 02 Mei 2022 – Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya Aidilfitri dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidilfitri secara berjemaah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Khutbah Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan oleh Yang Mulia Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah.

Antara perkara yang disampaikan dalam khutbah adalah peringatan kepada semua warga Negara Brunei Darussalam untuk mematuhi akan garispandu yang telah ditetapkan terhadap jangkitan wabak COVID-19 semasa meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini. Majlis diakhiri dengan laungan Selawat beramai-ramai serta bergambar ramai.

PENANJONG GARRISON HOLDS SUNNAH AIDILFITRI PRAYERS 1443 HIJRAH

Penanjong Garisson, Monday, 02 May 2022 – Sunnah Aidilfitri Prayers was conducted at garrison level at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.

Present as the guest of honor was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also Present was Senior Officers, Officers and other ranks of Penanjong Garrison.

The function commenced with Takbir Raya Aidilfitri followed by Sunnah Aidilfitri Prayers led by Yang Mulia Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah. He then delivered a special Aidilfitri sermon shortly after.

The sermon delivered mentioned the reminded to all muslims in the country to always adhere to the standard operating procedures set in the country with regards to COVID-19 while celebrating Aidilfitri this year.

6.jpg