Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENINGKATAN PEMANDU SESI 2022

123.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 29 April 2022 Majlis Penutupan Kursus Peningkatan Pemandu Sesi 2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di CLM SPT IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih CLM SPT IL ABDB.

Kursus Peningkatan Pemandu Sesi 2022 ini dikendalikan selama Empat (04) minggu bermula daripada 01 April 2022 hingga 29 April 2022 dan disertai seramai "dua belas" (12) anggota yang terdiri daripada "enam" (06) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, "empat" (04) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei dan "dua" (02) anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 183-185 daripada wakil peserta kursus 50857 Lkpl Mohammad Haffizul Wafiq bin Haji Ahmad Fawzi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 13501 PW2 Pg Hj Mohd Malek Faishal Noorislam bin Pg Hj Omarali, Ketua Pengendali, CLM SPT IL ABDB.

Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 22037 Sld Noor Rasidah binti Ibrahim daripada Kenderaan Pasokan, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei. Semasa majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus kepada semua peserta kursus dan apa yang diharapkan agar pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari, sebagai pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kecekapan, kemahiran serta professionalisma dalam menaikkan kemampuan individu dan juga organisasi unit.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh peserta kursus 16637 Kpl Mohd Saiful Rizal bin Haji Abdul Razak dan seterusnya sesi bergambar ramai.


345.jpg


10.jpg


11.jpg