Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MENANDATANGANI RISALAH KESELAMATAN BAF 122 BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-168

BAF122.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 06 Januari 2022 – Upacara Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-168 telah berlangsung secara dalam talian. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Pengambilan ke-168 ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Sel Inspektorat IL ABDB dan Pegawai-pegawai Kompeni Rekrut.

Dalam mengharungi norma baharu, upacara tersebut juga turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut yang pertama kalinya dibuat melalui talian dalam menyaksikan upacara tersebut secara langsung selaras dengan mematuhi SOP mencegah  jangkitan wabak COVID- 19 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan. Sebelum upacara menandatangani dijalankan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat, diikuti dengan bacaan ikrar oleh bakal-bakal rekrut dan menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-168 dan diakhiri dengan bacaan doa. 

Seramai 302 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-168 yang terdiri daripada 165 rekrut TDDB, 66 rekrut TLDB dan 71 rekrut TUDB yang akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan. Latihan ini akan dijangka berakhir pada sekitar bulan Jun 2022.
BAF122 1.png
BAF122 2.jpg