Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

vtc.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 08 Oktober 2021 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah secara maya. 

Seramai 26 anggota PTB-PTB Kanan yang telah dinaikan pangkat, manakala jumlah PTB-PTB Rendah ialah seramai18 anggota.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ejutan IL ABDB, SMR dan SMK.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Muhd Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Hikmah dan diteruskan dengan penyampaian pangkat dan diikuti dengan perutusan daripada Tetamu Kehormat. 

Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam perutusannya mengingatkan akan tanggungjawab kepada Allah SWT seperti untuk sentiasa menjaga solat lima waktu dan mengamalkan solat-solat sunat. Kerana dengan solat setentunya memperoleh pahala dan keberkatan selain sebagai usaha bagi mengelakkan dari terlibat dengan perkara-perkara mungkar dan anasir-anasir negatif. 

Beliau juga menekankan supaya sentiasa menjalankan tugas dengan baik, menjaga disiplin dan etika ketenteraan dan menjauhi dari melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan pangkat dan bidang kerjaya sebagai anggota tentera. 

Beliau juga mengingati bahawa anggota-anggota yang dinaikkan pangkat adalah merupakan pemimpin yang memegang amanah dan tanggungjawab, termasuk untuk saling ingat mengingati dan menegur sesama sendiri tanpa mengira kedudukan dan pangkat terutama jika terjadi perkara-perkara yang boleh merugikan organisasi seperti pelanggaran kepada peraturan yang ditetapkan dan sebagainya. 
 
Beliau juga menyeru kepada semua anggota untuk menanamkan sifat ikhlas, sifat rasa syukur dan sifat sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT dan juga kepada orang lain. Yang Mulia Tetamu Kehormat menekankan kepada semua anggota untuk mengelakkan sifat berprasangka buruk kepada orang lain terutama perihal yang berkaitan dengan rezeki atau kenaikan pangkat dan sebagainya. Para anggota perlu memahami bahawa kenaikan pangkat memerlukan proses yang lama dengan peraturan yang teliti seperti tapisan keselamatan dan sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa rezeki dan pangkat adalah merupakan ujian keimanan dan kesabaran daripada Allah SWT jua. Apa yang penting ialah untuk sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan baik, sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah SWT, agar apa pun yang dikerjakan atau disumbangkan, akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT, untuk diri, keluarga, organisasi dan negara. 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Yang Mulia Muhd Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Hikmah dan sesi bergambar ramai.
vyc 1.jpg