Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MALAM TAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 1442 HIJRAH

mlm takbir raya.jpg

PENANJONG GARISON, Selasa,  20 Julai 2021 - Seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini melaungkan takbir raya Aidiladha sejurus sempurnanya menunaikan Sembahyang Fardu Isyak dalam menyemarakkan sambutan yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban sebelum Sembahyang Sunat Aidiladha didirikan pada hari berikutnya.

Sehubungan dengan itu Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison menjadi tumpuan gabungan IL ABDB, Bn Bantu dan KBK TDDB bagi Majlis Malam Takbir sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1442 Hijrah.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Komandan IL ABDB,  Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan. 
Turut hadir, Yang Mulia Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Hj Abidin, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat gabungan daripada IL ABDB, Bn Bantu TDDB dan KBK TDDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Tahlil bagi 12 anggota ABDB yang terkorban semasa trajedi Nahas helicopter TUDB yang sentiasa di dalam kenangan. Tazkirah pendek juga disampaikan oleh Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison yang menyatakan mengenai kelebihan menghidupkan malam Hari Raya adalah sebagai lambang perpaduan dan kekuatan ummah kerana mengagungkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Majlis di akhiri dengan Doa Peliharakan Sultan, Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah.

Majlis Takbir Sempena Hari Raya Aidiladha diadakan adalah bagi menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha serta memberikan kesedaran kepada para hadirin dalam menghayati makna kandungan takbir hari raya. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, takbir hari raya mula dilaungkan bermula masuknya pada 10 Zulhijjah dan akan berakhir selepas berakhirnya hari-hari Tasyriq iaitu terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah.
mlm takbir raya 1.jpg
mlm takbir raya 2.jpg