Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN HARI ULANGTAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

photo_2021-05-11_01-01-15.jpgPenanjong Garison, Ahad, 30 Mei 2021 - Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut adalah Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan, Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan surah Yaasin, Tahlil dan seterusnya bacaan doa Kesyukuran sempena sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis Doa kesyukuran berkenaan merupakan di antara salah satu acara keugamaan bagi memperingati Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Tema Sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ialah ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’ dengan upacara kemuncak sambutan yang akan diadakan pada 31 Mei 2021 di Padang Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

photo_2021-05-11_01-01-21.jpg

DOA KESYUKURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE DIAMOND JUBILEE OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

Penanjong Garison Sunday 30th May 2021 – ‘Doa Kesyukuran’ Ceremony in conjunction with the Diamond Jubilee celebration of the Royal Brunei Armed Forces was held at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.

Present as the Guest of Honor at the ceremony was Lieutenant Colonel Aldi bin Haji Hassan, Deputy Commander, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. The ceremony began with the recitation of the Al-Quran and Fardhu Maghrib prayers and was followed by the recitation of surah Yaasin, Tahlil and then the recitation of ‘Doa Kesyukuran’ prayers in conjunction with the Diamond Jubilee celebration of the Royal Brunei Armed Forces. ‘Doa Kesyukuran’ ceremony is one of the religious events to commemorate the Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces.

The theme of the Diamond Jubilee Celebration of the Royal Brunei Armed Forces is 'Bersama Menjayakan Wawasan Negara' with the culmination ceremony to be held on 31 May 2021 at Padang Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.