Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS KETUA KOMPENI SIRI 7/2021

WhatsApp Image 2021-04-16 at 8.34.36 PM.jpeg

PENANJONG GARISON, JUMAAT 16 April 2021 – Majlis Penutup Kursus Ketua Kompeni Siri 7/2021 telah dilaksanakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Kursus tersebut telah dijalankan selama 9 minggu di Sekolah Infantri IL ABDB yang mana ianya telah bermula pada 15 Februari 2021 dan berakhir pada 16 April 2021. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. 

Kursus Ketua Kompeni Siri 7/2021 ini dihadiri oleh tiga belas orang pegawai-pegawai daripada 1 Bn TDDB, 2 Bn TDDB, 3 Bn TDDB, UTPD TDDB, Bn Bantu TDDB, KBK TDDB, TUDB, IL ABDB, AP ABDB dan ASMDB. Ianya merupakan salah satu kursus penting untuk melatih pegawai-pegawai dalam kemahiran perancangan medan taktikal di medan melalui Individual Military Appreciation Process (IMAP) serta mengaplikasikan perancangan-perancangan tersebut sepanjang Field Training Exercise (FTX) iaitu eksesais Pahlawan Hebat dan eksesais Pahlawan Mantap. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mai’dah dan diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus telah disampaikan daripada wakil Juruarah. Tetamu Kehormat Majlis turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan supaya sentiasa menjaga disiplin masing-masing, menjadi pemimpin berwibawa untuk menegakkan kebenaran, menjaga kebajikan anggota yang dipimpin serta keluarga, dan terutama sekali, menerapkan sifat pembelajaran sepanjang hayat.

Anugerah Penuntut Terbaik Teori dan Anugerah penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 969 Kapt Hamdillah Najri bin Hj Jafri Anugerah, manakala Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 1057 Kapt Mohd Raihan bin Borhanuddin. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya sesi bergambar ramai.
WhatsApp Image 2021-04-16 at 8.34.37 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-16 at 8.34.36 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-16 at 8.34.37 PM.jpeg