
PENANJONG GARISSON, Friday, 21 November 2025 – The Closing Ceremony and Certificate Presentation for the Advanced Armament Technician Course Session 2025 And The Harris Falcon III Handheld & Multiband Manpack Radios Maintenance And Repair Workshop was held by the Land Technical Training Wing, School of Military Trade, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (LTTW SMT TI RBAF). Present as the Guest of Honor was Captain Pengiran Abdul Haadii Sufi bin Pengiran Haji Abdul Talip.
The objective of the Advanced Armament Technician Course Session 2025 was to train and guide course participants further on duties and responsibilities as Class 1 Armament Technicians and to enhance their technical knowledge and practical competencies in maintaining, servicing, and repairing land based weapons and equipment in accordance with Royal Brunei Armed Forces standards and procedures.
Meanwhile, objective of the Harris Falcon III & Multiband Manpack Radios Maintenance and Repair Workshop is to equip course participants with the knowledge, skills, and expertise required for the repair and maintenance of the Harris Falcon III the new generation of military communication equipment.
--------
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN
KURSUS TEKNISYEN PERSENJATAAN DAN
INSTRUMEN LANJUTAN SESI 2025 DAN BENGKEL
PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN RADIO
HARRIS FALCON III HANDHELF & MULTIBAND MANPACK
PENANJONG GARISON, Jumaat, 21 November 2025 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Teknisyen Persenjataan dan Instrumen Lanjutan Sesi 2025 dan Bengkel Penyelenggaraan dan Pembaikan Radio Harris Falcon III Handhelf & Multiband Manpack telah diadakan di Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLTD SPT IL ABDB). Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Kapten Pengiran Abdul Haadii Sufi bin Pengiran Haji Abdul Talip.
Objektif Kursus Teknisyen Persenjataan dan Instrumen Lanjutan Sesi 2025 adalah untuk melatih peserta kursus menjalankan peranan mereka sebagai Teknisyen Persenjataan Kelas Satu dengan meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan senjata berpangkalan di darat selaras dengan piawaian dan prosedur Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Bagi Bengkel Penyelenggaraan dan Pembaikan Radio Harris Falcon III Handhelf & Multiband Manpack pula, objektifnya adalah untuk untuk melengkapkan para peserta kursus dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan dalam tatacara penyelenggaraan dan pembaikan Harris Falcon III, iaitu generasi baharu peralatan komunikasi ketenteraan.


