
Penanjong Garrison, Friday, 14 November 2025 – Commandant's Session with the Leaders of the Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 2/2025 took place at the Halbi Room, Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Present as the guest of honor is Yang Mulia Lieutenant Colonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Md Ja'afar, the Commandant of TI RBAF.
During the session, Yang Mulia Commandant TI RBAF discussed the importance of the RBAF Leadership Model which has to be learned, nurtured and consistently applied in every leader. He also emphasised that a leader must possess the professionalism to carry out duties and responsibilities. With the given high ranks, honesty and trustworthiness are paramount qualities for mid-level leaders in the organisation. Among the advice that was also given was to avoid and stay away from prohibited things such as sexual harassment, loan sharks, drugs, cigarettes and anything that violates RBAF laws and national laws.
SESI MUZAKARAH KOMANDAN BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SIRI 2/2025
Penanjong Garison, Jumaat, 14 November 2025 – Sesi Muzakarah Komandan bersama Para Pemimpin Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 2/2025 telah berlangsung di Bilik Halbi, Pusat Evolusi Insitut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Md Ja'afar, Komandan IL ABDB.
Semasa sesi tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB telah menekankan kepentingan Model Kepimpinan ABDB yang perlu sentiasa diterapkan dalam diri setiap pemimpin di mana-mana jua berada lebih-lebih lagi di tempat kerja. Beliau juga menekankan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat professional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Dengan pangkat tinggi yang telah diberikan, sifat jujur dan amanah adalah sangat tinggi nilainya bagi seorang pemimpin pertengahan di dalam organisasi. Antara nasihat-nasihat yang turut disampaikan adalah untuk menghindari dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang seperti gangguan seksual, peminjaman duit tidak sah, dadah, rokok dan apa-apa jua yang melanggar undang-undang ABDB dan undang-undang negara.



