Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE SECOND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES TRAINING CONFERENCE 2025 CONCLUDES SUCCESSFULLY AT TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

WhatsApp Image 2025-10-23 at 7.36.11 PM.jpeg

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 22 October 2025 – The 2nd RBAF Training Conference 2025 officially concluded today, showcasing two productive days, from 21 October to 22 October 2025, filled with meaningful discussions, professional exchanges, and collaborative planning among Brunei's defense training community and various partner agencies. With the theme “Balancing the Edge: Evolution in Training and a Safety-Driven Environment," this year's conference brought together esteemed keynote speakers who inspired attendees with insights on cutting-edge trends in safety training protocols and SOPs. Participants engaged in interactive syndicate discussions focused on the current challenges in military preparedness, encouraging constructive dialogue and the sharing of diverse perspectives.


Presiding over the ceremony was Captain Haji Norbahrin bin Haji Muamad, RBN, the distinguished Head of the Inspectorate Unit of the Royal Brunei Armed Forces. In his articulate remarks, he expressed admiration for the tireless efforts of the TI RBAF in orchestrating a highly successful platform that promotes meaningful dialogue and encourages innovative approaches to enhance safety in military training. He elaborated that the insightful findings derived from the conference—including in-depth discussions conducted within various syndicates and the thoughtful recommendations exchanged among participants—will significantly influence and refine the future direction of the RBAF's training doctrine and policy framework. This collaborative endeavor not only aims to enhance operational effectiveness but also strengthens the capacity of the armed forces to adapt to dynamic challenges in military contexts.

Participants conveyed a strong and forward-looking sense of optimism about the ongoing collaboration between the RBAF and a wide range of partner agencies. This strategic partnership is more than a symbolic gesture—it represents a deliberate and coordinated effort to raise inter-agency safety training standards through joint exercises, shared resources, and mutual capacity-building. By working together across institutional boundaries, these agencies are laying the groundwork for a more agile and resilient defense force. The collaborative framework not only enhances technical proficiency and operational cohesion but also fosters a culture of adaptability and safety—one that is essential for navigating the increasingly complex and unpredictable security and training challenges of the future. This initiative reflects RBAF's commitment to preparedness, innovation, and unity in safeguarding national interests. As joint efforts continue to evolve, they will play a pivotal role in equipping the RBAF with the skills, insights, and strategic flexibility needed to remain effective in a rapidly changing global landscape.


THE SECOND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES TRAINING CONFERENCE 2025 BERAKHIR DENGAN JAYANYA DI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI


PENANJONG GARISON, Rabu, 22 Oktober 2025 – The Second Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2025 telah melabuhkan tirainya hari ini, menandakan berakhirnya dua hari yang produktif, bermula pada 21 hingga 22 Oktober 2025. Persidangan ini dipenuhi perbincangan bermakna, pertukaran profesional, serta perancangan kolaboratif antara komuniti latihan pertahanan Brunei dan pelbagai agensi rakan strategik.

 

Bertemakan “Balancing the Edge: Evolution in Training and a Safety-Driven Environment", persidangan tahun ini telah menghimpunkan para penceramah yang memberikan inspirasi kepada para peserta melalui perkongsian pandangan mengenai trend terkini dalam protokol dan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan latihan. Para peserta turut terlibat dalam perbincangan sindiket secara interaktif yang menumpukan kepada cabaran semasa mengenai kesiapsiagaan ketenteraan, sekali gus menggalakkan dialog yang membina serta perkongsian pelbagai perspektif.

 

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Kepten Haji Norbahrin bin Haji Muamad, TLDB, Ketua Unit Inspektorat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan memuji usaha gigih Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dalam menganjurkan platform yang berjaya memupuk dialog bermakna dan menggalakkan pendekatan inovatif untuk memperkukuh aspek keselamatan dalam latihan ketenteraan.

 

Beliau menjelaskan bahawa dapatan berharga daripada persidangan ini termasuk perbincangan mendalam antara sindiket dan saranan bernas yang dikongsi para peserta akan memberikan pengaruh besar terhadap hala tuju doktrin dan kerangka dasar latihan ABDB. Usaha kolaboratif ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan operasi, tetapi juga memperkukuh keupayaan ABDB untuk menyesuaikan diri dengan cabaran dinamik dalam konteks ketenteraan moden.

 

Para peserta menyatakan keyakinan tinggi dan pandangan positif terhadap kerjasama berterusan antara ABDB dengan pelbagai agensi rakan strategik. Perkongsian strategik ini bukan sekadar simbolik, tetapi merupakan usaha terancang dan selaras bagi mempertingkatkan piawaian latihan keselamatan antara agensi melalui latihan bersama, perkongsian sumber, dan pembangunan kapasiti secara bersama. Dengan bekerjasama merentasi sempadan institusi, agensi-agensi membantu membina angkatan pertahanan yang lebih tangkas dan berdaya tahan. Rangka kerja kolaboratif ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan teknikal dan kesepaduan operasi, tetapi turut memupuk budaya kebolehsesuaian dan kesedaran keselamatan yang merupakan nilai penting dalam menghadapi cabaran sekuriti dan latihan yang semakin kompleks serta tidak menentu pada masa hadapan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen ABDB terhadap kesiapsiagaan, inovasi, dan perpaduan dalam memelihara kepentingan negara. Seiring dengan perkembangan usaha bersama ini, ia akan memainkan peranan penting dalam memperlengkapkan ABDB dengan kemahiran, pandangan, dan strategik yang diperlukan untuk kekal berkesan dalam landskap global yang sentiasa berubah.

WhatsApp Image 2025-10-23 at 7.36.11 PM (1).jpeg 

WhatsApp Image 2025-10-23 at 7.36.11 PM (2).jpeg 

WhatsApp Image 2025-10-23 at 9.48.27 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2025-10-23 at 9.48.27 PM (1).jpeg 

WhatsApp Image 2025-10-23 at 9.48.30 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2025-10-23 at 9.48.31 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2025-10-23 at 7.36.11 PM (3).jpeg