
Penanjong Garrison, Friday, 17 October 2025 – The Closing Ceremony for the Map Reading and GPS Navigation Course Series 2/2025 was successfully held at the Iveco Room, Driving Training Wing, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Present as the Guest of Honour was Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Commanding Officer of School of Military Trade, TI RBAF.
The Map Reading and GPS Navigation Course Series 2/2025 was conducted over a period of five (5) weeks starting from 12 September 2025 until 17 October 2025. The course was attended by 14 personnel comprising of nine (9) from the Royal Brunei Land Forces, four (4) from the Royal Brunei Navy, and one (1) from Training Institute Royal Brunei Armed Forces.
This course is a basic land navigation program aimed at equipping participants with essential skills such as topographic map analysis, compass usage, and effective handling of GPS devices. These skills are crucial for ensuring operational readiness and mission planning within the Royal Brunei Armed Forces.
Upon completing this course, participants will be able to enhance their skills, as well as strengthen their readiness and professionalism in assigned tasks.
Majlis Penutup Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah GPS Siri 2/2025
Penanjong Garison, Jumaat, 17 Okt 2025 - Majlis Penutup Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah GPS Siri 2/2025 telah sempurna dilaksanakan di Bilik Iveco, Cawangan Latihan Memandu, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB.
Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah GPS Siri 2/2025 telah dilaksanakan selama lima (05) minggu bermula pada 12 September 2025 hingga 17 Oktober 2025 yang dihadiri oleh empat belas (14) anggota terdiri daripada Sembilan (9) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), empat (4) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan seorang (1) anggota dari IL ABDB.
Kursus ini merupakan program asas pandu arah darat yang bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran penting seperti analisis peta topografi, penggunaan kompas, serta pengendalian peranti GPS dengan berkesan. Kemahiran ini amat penting dalam memastikan kesiapsiagaan operasi dan perancangan misi di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Setelah menamatkan kursus ini, peserta kursus akan dapat meningkatkan kemahiran mereka, sekaligus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan professionalism dalam tugasan yang diberikan.

