Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

A STUDY TOUR TO GADONG POLICE HEADQUARTERS, ROYAL BRUNEI POLICE FORCE, WITH PARTICIPANTS OF THE 2025 ADVANCED LOGISTICS COURSE AND THE 2025 BASIC PAY CLERK COURSE

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IBU PEJABAT POLIS GADONG KURSUS LOGISTIK LANJUTAN SESI 2025 DAN KURSUS KERANI GAJI ASAS SESI 2025 01.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 25 September 2025 – A study tour was conducted at Gadong Police Headquarters, involving a total of 58 participants from the Advanced Logistics Course 2025 and the Basic Pay Clerk Course 2025, accompanied by their course instructors.

The objective of the tour was to provide participants with exposure, knowledge, and heightened awareness of crimes and fraud, particularly in the fields of logistics and finance.

During the visit, participants attended two briefings delivered by representatives from the Commercial Crime Investigation Division and the Cyber Crime Investigation Division of the Criminal Investigation Department. The sessions included demonstrations of methods used by criminals to obtain PIN numbers during ATM withdrawals, as well as the circulation and use of counterfeit currency.

The study tour offered participants valuable insights into crimes that often occur in everyday settings without immediate detection. With this knowledge, it is anticipated that such crimes can be better prevented, while individuals and institutions alike will exercise greater vigilance in the future.

For logistics personnel, the visit underscored the importance of safeguarding military assets and ensuring that supply chains remain secure against exploitation or theft. For pay clerks, the briefings reinforced the need for accuracy, integrity, and strong internal controls in managing financial matters and payroll documentation, which are vulnerable to fraudulent practices if not properly monitored.

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IBU PEJABAT POLIS GADONG, PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI BERSAMA PESERTA KURSUS LOGISTIK LANJUTAN SESI 2025 DAN KURSUS KERANI GAJI ASAS SESI 2025

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 September 2025 – Satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Ibu Pejabat Polis, Gadong, Daerah Brunei-Muara melibatkan seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada Kursus Logistik Lanjutan Sesi 2025 dan Kursus Kerani Gaji Asas Sesi 2025, bersama jurulatih masing-masing.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai jenayah dan penipuan, khususnya yang berkait rapat dengan bidang logistik dan kewangan. Sepanjang lawatan, para peserta kursus telah diberikan dua taklimat yang disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan serta Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah. Antara topik yang diketengahkan termasuk kaedah penjenayah mendapatkan nombor PIN semasa pengeluaran wang melalui mesin ATM serta penggunaan wang palsu.

Hasil daripada lawatan ini, para peserta kursus memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan kesedaran mengenai bentuk-bentuk jenayah yang kerap berlaku dalam persekitaran semasa tanpa disedari. Dengan pendedahan tersebut, diharapkan warga tentera khususnya dan orang ramai amnya akan lebih berwaspada, seterusnya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah serta mengekalkan integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Bagi anggota logistik, pengetahuan ini sangat penting dalam memastikan keselamatan aset dan pengurusan sumber agar tidak terdedah kepada risiko penyalahgunaan. Sementara itu, bagi kerani gaji, pendedahan ini menekankan kepentingan ketelitian, integriti, dan kawalan dalam pengurusan kewangan serta dokumen rasmi. Kedua-dua bidang ini amat terdedah kepada ancaman jenayah sekiranya tidak dipantau dengan baik.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IBU PEJABAT POLIS GADONG KURSUS LOGISTIK LANJUTAN SESI 2025 DAN KURSUS KERANI GAJI ASAS SESI 2025 02.jpg

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IBU PEJABAT POLIS GADONG KURSUS LOGISTIK LANJUTAN SESI 2025 DAN KURSUS KERANI GAJI ASAS SESI 2025 03.jpg