Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE OPENING CEREMONY OF THE ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY COURSE SERIAL 02/2025

Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris Siri 2 2025.jpg

PENANJONG GARISON, Friday 19 September 2025 – The Welcoming Address for the English Language Proficiency Course Serial 02/2025 was held at Room 38, Evolution Centre, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). The address was delivered by Cikgu Muhammad Amirul Anizam bin Haji Abdul Ghani, Education Officer at the Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces.

This intensive two-week course brings together five participants from the Special Forces Regiment, Royal Brunei Armed Forces. The programme is designed to enhance participants' command of the English language by fostering a positive outlook towards the subject and strengthening their competencies across the four key language skills: speaking, listening, reading, and writing.

Furthermore, the course places particular emphasis on the development of argumentative essay writing and the study of communication theories, equipping participants with practical skills that may be applied effectively in the execution of their professional duties.


KURSUS KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS SIRI 2/2025

PENANJONG GARRISON, Jumaat, 19 September 2025 – Ucapan Alu-aluan bagi Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris Siri 2/2025 telah diadakan di Bilik 38, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Ucapan tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Muhammad Amirul Anizam bin Haji Abdul Ghani, Pegawai Pelajaran di Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus intensif selama dua minggu ini menghimpunkan lima orang peserta dari Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Program ini direka khas untuk meningkatkan penguasaan peserta dalam bahasa Inggeris dengan memupuk sikap positif terhadap mata pelajaran tersebut serta memperkukuhkan kecekapan mereka dalam empat kemahiran utama bahasa: bertutur, mendengar, membaca dan menulis.

Selain itu, kursus ini turut memberikan penekanan khusus terhadap penulisan esei yang berunsur hujahan dan pengajian teori komunikasi, sekali gus membekalkan peserta dengan kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan secara berkesan dalam melaksanakan tugas profesional mereka.