THE CERTIFICATE PRESENTATION AND CLOSING CEREMONY OF THE WARRANT OFFICERS LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE SERIAL 2/2026
PENANJONG GARRISON, Thursday, 10 September 2026 – The Closing Ceremony of Warrant Officers Leadership and Management Course Serial 2/2026 was held this morning at the Halbi Room, Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
In attendance as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Hj Md Ja’afar, Commandant TI RBAF. Also present were senior officers, invited officers from various RBAF units, education officers, Force Sergeant Major RBAF, Sergeant Majors, Senior Non-Commissioned Officers, and Leadership and Management instructors.
The Warrant Officer’s Leadership and Management Course Serial 1/2026 was conducted over five weeks, from 7 August to 11 September 2026. It was attended by 80 participants from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Ministry of Defence, Defence Academy, Joint Force Headquarters (JFHQ) and Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
The Certificate Presentation and the Official Closing Ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a speech from a representative of the course participants. Next, the Guest of Honour presented certificates to the course participants. The Overall Best Student Award was presented to Warrant 2 Officer Zahrin bin Awang Haji Taha, RBN, Best Academic Award was presented to Warrant Officer 2 Ak Masri bin Pg Hj Tajuddin, RBN while the Best Theoretical Student Award was awarded to Warrant Officer 2 Mohammed Esham Szali bin Osman @ Razman Zainuddin.
The following session was graced by a speech from the Guest of Honour, who expressed congratulations and commendations to the course participants for the successful completion of the course. The remarks included, but were not limited to, the importance of values and characteristics of leadership, as well as moral personality as a leader, guided by the practices and concepts of the core values of RBAF. This is to be instilled in every participant to become a capable, efficient, and competent Warrant Officers who will play a crucial role in assisting in the administration and leadership of subordinates as the backbone of the higher authorities. He also reminded the course participants of the role and responsibilities of a leader who embodies complete trust and honesty. In addition, he advised that course participants should set the best example for their subordinates by being professional, possessing integrity, staying disciplined, and exhibiting high skills and personality.
The event concluded with a closing prayer and a group photo session.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN RASMI KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SIRI 2/2026
PENANJONG GARISON, Khamis, 10 September 2026 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Rasmi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 2/2026 telah berlangsung di Bilik Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Hj Md Ja’afar, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-pegawai jemputan daripada pelbagai unit ABDB, Pegawai-pegawai Pelajaran, Sarjan Mejar ABDB, Sarjan Mejar-Sarjan Mejar, PTB-PTB Kanan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Evolusi IL ABDB.
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 2/2026 telah dikendalikan selama lima (05) minggu bermula 7 Ogos 2026 hingga 11 September 2026. Seramai 80 anggota telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama (MAB), Akademi Pertahanan dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta kursus. Seterusnya penyampaian sijil kepada para peserta kursus yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Pegawai Waran 2 Zahrin bin Awang Haji Taha, TLDB, Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh Pegawai Waran 2 Ak Masri bin Pg Hj Tajuddin, TLDB dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Pegawai Waran 2 Mohammed Esham Szali bin Osman @ Razman Zainuddin.
Majlis seterusnya diserikan dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat yang menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada ahli kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus.
Yang Mulia Tetamu Kehormat juga telah menyentuh tentang kepentingan nilai dan ciri-ciri kepimpinan serta keperibadian akhlak sebagai seorang pemimpin berpandukan kepada amalan dan konsep nilai-nilai teras ABDB untuk ditanamkan kepada setiap ahli kursus agar dapat menjadi seorang Pegawai Waran yang berkebolehan, berkeupayaan, efisien dan kompeten yang akan memainkan peranan penting untuk membantu mentadbir dan memimpin anggota di bawah kepimpinan selaku tulang belakang kepada pihak atasan. Beliau jua mengingatkan kepada ahli kursus tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang amanah dan penuh kejujuran. Di samping itu, beliau menasihati ahli kursus untuk menjadi contoh yang terbaik kepada anggota bawahan yang dipimpin dengan sifat profesional, berintegriti, berdisiplin dengan keterampilan dan keperibadian yang tinggi.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.