MALE RECRUITS OF INTAKE 181 AND FEMALE RECRUITS OF INTAKE 61 STRENGTHEN RESILIENCE THROUGH LOG, COMBAT AND OBSTACLE COURSE PHYSICAL TRAINING
PENANJONG GARRISON, Friday, 09 October 2026 –Male Recruits of Intake 181 and Female Recruits of Intake 61 underwent Military Physical Training activities comprising Log Physical Training, Combat Physical Training and Obstacle Course Physical Training as part of their Basic Military Training programme at the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. These activities are essential in preparing recruits for the physical demands and responsibilities of military service.
Throughout the training, recruits participated in challenging exercises designed to improve endurance, strength, agility and mental resilience. Log Physical Training emphasised coordination, teamwork and collective responsibility, while Combat Physical Training developed stamina and functional strength through military exercises. Obstacle Course Physical Training further tested their confidence, determination and ability to overcome physical challenges. Each activity encouraged discipline, perseverance and mutual support among recruits.
The training reflects the Royal Brunei Armed Forces’ commitment to developing capable, resilient and disciplined personnel through structured military instruction. Beyond improving physical fitness, these activities strengthened camaraderie, fostered confidence and reinforced essential military values. By overcoming challenges together, recruits gained valuable experience in cooperation and adaptability, helping them build the character and readiness expected of future military personnel. Such preparation remains fundamental to their continued development throughout basic training and service in the armed forces.
REKRUT LELAKI PENGAMBILAN 181 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN 61 MEMPERKUKUH KETAHANAN DIRI MELALUI LATIHAN FIZIKAL LOG, TEMPUR DAN LITAR HALANGAN.
PENANJONG GARISON, Jumaat, 09 oktober 2026 –Para Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-181 dan Para Rekrut Wanita Pengambilan Ke-61 telah menjalani pelbagai aktiviti Latihan Jasmani Ketenteraan, termasuk Latihan Jasmani Log, Latihan Jasmani Kombat dan Latihan Jasmani Merempuh Halangan, sebagai sebahagian daripada program Latihan Asas Ketenteraan di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Aktiviti tersebut bertujuan mempersiapkan para rekrut menghadapi tuntutan fizikal dan tanggungjawab perkhidmatan ketenteraan.
Sepanjang latihan, para rekrut mengikuti aktiviti mencabar bagi meningkatkan daya tahan, kekuatan, ketangkasan dan ketahanan mental. Latihan Jasmani Log menekankan koordinasi serta kerjasama berpasukan, manakala Latihan Jasmani Kombat memperkukuhkan stamina dan kekuatan fizikal melalui senaman berorientasikan ketenteraan. Latihan Jasmani Merempuh Halangan pula menguji keyakinan, keazaman dan keupayaan mengatasi rintangan. Kesemua aktiviti turut menerapkan disiplin, ketabahan dan semangat setiakawan.
Pelaksanaan latihan ini mencerminkan komitmen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam melahirkan anggota yang berkebolehan, berdisiplin dan berdaya tahan melalui latihan berstruktur. Selain meningkatkan kecergasan fizikal, aktiviti tersebut memperkukuhkan hubungan sesama rekrut, membina keyakinan diri dan menerapkan nilai ketenteraan. Pengalaman menghadapi cabaran secara bersama turut mengasah kerjasama dan kebolehsuaian mereka, sekali gus menyediakan asas kukuh untuk perkembangan sepanjang latihan serta perkhidmatan pada masa hadapan. Penekanan terhadap keselamatan, kepatuhan arahan dan semangat tidak mudah berputus asa juga membantu membentuk sikap profesional yang diperlukan dalam penugasan kelak.