NEWS HEADLINES
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS KURSUS PEMANDU JENTERA BERAT PUSAT PEMBANGUNAN BELIA – ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Khamis 27 Januari 2022 - Kursus Pemandu Jentera Berat Pusat Pembangunan Belia – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun bermula pada 27 Januari 2022 Hari Khamis di Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia 657 Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Sekolah Sarjan Mejar (SSM) dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Penanjong Garison – 19 Januari 2022 – Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu Penanjong Garison telah diadakan di Bilik Iveco Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Penanjong Garison pada hari Rabu 19 Januari 2022. Majlis yang bermula pada 0915 pagi telah dihadiri oleh YM Mejar Roziahani binti Mohd Jaya (Pmk Peg Pem SPT IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat Majlis, YM Mejar Pengiran Ja’afaruddin bin Pengiran Tejudin (Ket Cwgn CLTD), YM Kapten Haji Harries bin Haji Musa (Mantan Ket Cwgn CLM), YM Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pengiran Salim (Ket Cwgn CLM Baru), YM Kapten Majiidah binti Haji Sidek (Ket Cwgn CLK), YM Kapten Shazwani binti Ali (Ket Cwgn CLLOG), YM PW1 Hairul Affendi bin Awang Suhaimi (SSM SPT IL ABDB), YM PW1 Hadinahwati binti Buntak (Pegawai Waren Latihan CLM dan selaku Pengerusi Majlis), Guru Ugama Penanjong Garison, Pegawai Waren Terkanan, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah serta kakitangan Awam di Cawangan Latihan Memandu.
KUNJUNGAN HORMAT PENASIHAT AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENANJONG GARISON, Isnin, 31 Januari 2022 – Komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud telah menerima Kunjungan Hormat daripada Wing Commander Mathew Charles Xerri, Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam hari ini bertempat di Markas IL ABDB. Turut hadir adalah Pemangku Timbalan dan Ketua Inspektorat IL ABDB.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH PUSAT EVOLUSI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON – Isnin, 31 Januari 2022 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB) telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Halbi, PE IL ABDB, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN LANS KOPERAL SIRI 3/2021
PENANJONG GARISON, JUMAAT 21 JANUARI 2022 – Majlis Penutupan kursus telah berlangsung secara maya bagi kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 3/2021 pada hari ini iaitu bagi seramai 35 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB
TUTONG, Isnin, 17 Januari 2022 – Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan pada hari ini yang bertempat di Tanah Perkuburan Islam Pulau Raya A dan B di Daerah Tutong. Kempen kebersihan tersebut telah dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.





