
PENANJONG GARISON, Khamis 27 Januari 2022 – Kursus Pemandu Jentera Berat Pusat Pembangunan Belia – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun bermula pada 27 Januari 2022 Hari Khamis di Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia 657 Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Sekolah Sarjan Mejar (SSM) dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Kursus Pemandu Jentera Berat Pusat Pembangunan Belia – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah kursus yang pertama hasil kerjasama diantara Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang telah dihadiri oleh 08 orang daripada Pusat Pembangunan Belia yang mana kursus ini dilaksanakan selama 04 minggu bermula daripada 27 Januari 2022 sehingga 24 Februari 2022.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Taklimat Tatatertib Sekolah Pertukangan Tentera khasnya dan amnya Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah daripada Yang Mulia 13950 PW1 Hairul Affendi bin Awang Suhaimi. Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikam Pembukaan Kursus Pemandu Jentera Berat Pusat Pembangunan Belia – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis berakhir dengan bacaan Doa Penutup.