NEWS HEADLINES
MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE – 53
Penanjong Garison, Jumaat, 03 Jun 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB yang ke – 53 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir di majlis ini adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai – Pegawai Kanan, Pegawai – Pegawai dan warga IL ABDB.
PROJEK AMAL, MEMBERSIHKAN MASJID KAMPONG PENABAI, KUALA TUTONG
Tutong, Khamis, 02 Jun 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan Aktiviti Amal Membersihkan Masjid Kampong Penabai, Kuala Tutong iaitu sebagai salah satu aktiviti jangkauan masyarakat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB yang ke-53. Turut serta dalam Aktiviti Amal tersebut ialah gabungan daripada warga IL ABDB dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Penabai, Kuala Tutong.
MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Penanjong Garison, Khamis, 02 Jun 2022 - Majlis Khatam Al-Qur’an Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei diadakan pada hari ini bertempat di Kuartermaster Lab, Cawangan Latihan Logistik. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB.
PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 27 Mei 2022 – Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pagi ini.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN LANS KOPERAL SIRI 01/2022
Penanjong Garison, Jumaat, 27 Mei 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Lans Koperal telah berlangsung pada pagi hari ini bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB).
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 1/2022
Penanjong Garison, Jumaat, 27 Mei 2022 – Majlis Penutupan Kursus, Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 1/2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Mes Pegawai Waran/ Staf Sarjan/ Sarjan Penanjong Garison.





