
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Nur Hazirah binti Harun, Pemangku Pegawai Memerintah PE IL ABDB. Turut hadir bersama adalah Pegawai-pegawai, Sekolah Sarjan Mejar PE IL ABDB, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.
Majlis diberkati dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 19220 LKpl Zulfadli bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Matassan dan diteruskan dengan bacaan Ayat Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 147.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Penuntut Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 01/2022 dan seterusnya diserikan dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis
Di dalam ucapan, Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 01/2022 kerana telah berjaya menamatkan kursus. Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis turut menyatakan hasrat peserta kursus untuk mengamalkan dan mengaplikasikan pelajaran yang telah diterapkan dan dicurahkan dalam perjalanan karier masing-masing untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin bawahan di dalam organisasi pertahanann negara.
Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian mengakhiri ucapannya dengan perasmian penutup Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 01/2022. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.