NEWS HEADLINES
MAJLIS SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA PERINGKAT PENANJONG GARISON
Penanjong Garison, Ahad, 10 Julai 2020 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 1443H PERINGKAT PENANJONG GARISON
Penanjong Garison, Sabtu, 09 Julai 2022 - Majlis Malam Takbir Hari Raya Aidiladha Tahun 1443 Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis ini adalah bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali dengan Hari Raya Korban.
UPACARA MENANDATANGANI RISALAH KESELAMATAN BAF 122 BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-169
Penanjong Garison, Khamis, 07 Julai 2022 – Upacara Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-169 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan ABDB dan secara talian di Bilik Auditorium Kompeni Rekrut.
KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARIPADA KETUA PEGAWAI PERGIGIAN TDDB
Penanjong Garison, Rabu, 06 Julai 2022 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima Kunjungan Muhibah daripada Yang Mulia Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Pergigian TDDB bersama Yang Mulia Mej Mohanad Abded-Mughasib, Ketua Pegawai Pergigian, Khidmat Pergigian Penanjong Garison.
PERLAWANAN SUKAN BOLA TAMPAR DIANTARA CAWANGAN-CAWANGAN SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA, INSTITUT LATIHAN ABDB
PENANJONG GARISON, hari Juma’at, 24 Zulkaedah 1443H bersamaan dengan 24 Jun 2022 – Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB telah mengadakan perlawanan Sukan Bola Tampar diantara cawangan-cawangan dibawah unit ini yang mana perlawanan ini diadakan di Dewan Gerak Badan, Penanjong Garison.
PROJEK AMAL, MEMBERSIHKAN MASJID HASSANAL BOLKIAH, PEKAN TUTONG
Tutong, Khamis, 23 Jun 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan satu lagi Aktiviti Amal Membersihkan Masjid iaitu bertermpat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong sebagai salah satu aktiviti jangkauan masyarakat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB yang ke-53. Turut serta dalam Aktiviti Amal tersebut ialah gabungan daripada warga IL ABDB dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.




