
Surau Al-Hikmah, menjadi tumpuan gabungan IL ABDB, Bn Bantu dan KBK TDDB bagi Majlis Malam Takbir sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1443 Hijrah peringkat Penanjong Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir pada memeriakan suasana malam Hari Raya Aidilada adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat gabungan yang terdiri daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), Sekolah Infantri TDDB (SI TDDB) dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB), termasuklah para rekrut lelaki Pengambilan ke 169.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan laungan Takbir. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh 17816 Sjn Md Hadhri bin Ismail Imam Surau Al-Hikmah.
Majlis Takbir Sempena Hari Raya Aidiladha diadakan adalah bagi menghidupkan dan menyemarakkan malam Hari Raya Aidiladha serta memberikan kesedaran kepada para hadirin dalam menghayati makna kandungan takbir hari raya, sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Takbir hari raya mula dilaungkan bermula masuknya 10 Zulhijjah dan akan berakhir selepas berakhirnya hari-hari Tasyriq iaitu terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah.


