NEWS HEADLINES
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS KERANI GAJI SESI 2022
PENANJONG GARISON, Jumaat, 03hb Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Asas Kerani Gaji bagi Tahun 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Quarter Master Lab, SPT IL ABDB, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA (KKK) ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 4/2022
PENANJONG GARISON, Jumaat, 10 Sya’ban 1443 bersamaan dengan 03 Mac 2023 – Cawangan Latihan Kesihatan dan Keselamatan Kerja (CL3K) telahpun mengadakan Majlis Penutup Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Siri 4/2022 yang sempurna dilaksanakan bertempat di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENINGKATAN LOGISTIK SIRI 2/2022
PENANJONG GARISON, Khamis 02 Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Peningkatan Logistik Siri 2/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera,Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Sek Prtkngn Tent IL ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah 783 Mej Masrurani binti Haji Mohammad Aisa, Timbalan Pegawai Turus Logistik IL ABDB. Turut hadir adalah Pegawai Latihan Logistik, Ketua-ketua Cawangan, para jemputan unit dan jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Logistik Sek Prtkngn Tent IL ABDB.
MAJLIS DOA KESYUKURAN PERINGKAT PENANJONG GARISON SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKITA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH KE-49 TAHUN
PENANJONG GARISON, Khamis, 16 Feb 2023 – Majlis Doa Kesyukuran Peringkat Penanjong Garison sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-49 bertempat di Surau Al-Hikmah,Penanjong Garison.
MAJLIS BICARA UMARA PEGAWAI PEMERINTAH SPT IL ABDB BERSAMA PESERTA-PESERTA KURSUS
Penanjong Garison, Selasa 07 Sya’ban 1444 bersamaan dengan 28 Februari 2023 – Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telahpun mengadakan Majlis Bicara Umara bersama Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB bertempat di Training Simulation Centre, RBTS Penanjong Garison.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-39 TAHUN PERINGKAT PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Rabu, 22 Februari 2023 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 tahun bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison bagi memohon kurnia rahmat serta pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi kestabilan negara, keselamatan raja serta kesentosaan hidup rakyat dan penduduk negara ini.





