
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Razanol Hardi bin Abdul Razak, Ketua Sel Inspektorat IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB, Timbalan Ketua Sel Inspektorat, Ketua-ketua Cawangan, Jurulatih CL3K dan Jurulatih dari Unit Inspektorat Unit ABDB.
Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) ABDB Siri 4/2022 ini dikendalikan selama lima (05) hari bermula daripada 06 Feb 2023 hingga 10 Feb 2023 dan disertai seramai tiga puluh lima (35) anggota yang terdiri daripada lapan (08) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, sepuluh (10) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, empat (04) anggota dari Rejimen Pasukan Khas, empat (04) anggota dari Akademi Pertahanan ABDB. dan sembilan (09) anggota dari Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada wakil peserta kursus 18428 Sjn Izzat bin Hamdan. Majlis diteruskan dengan penyampaian Ulasan Pencapaian peserta kursus daripada 941 Mejar Dayangku Nurhazrimah binti Pengiran Haji Hassanan, Ketua Cawangan Latihan KKK.
Seterusnya penyampaian sijil kepada peserta kursus telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan diteruskan dengan penyampaian ucapan yang mana sedikit sebanyak menyentuh dalam aspek KKK dalam berbentuk nasihat dan peringatan kepada peserta kursus agar dapat menyerapkan ilmu dan mengaplikasikan apa yang telah diajar di unit masing-masing selaku seorang Penyelia/ Pegawai KKK yang amanah dan bertanggungjawab. Majlis disempurnakan dengan penutupan kursus secara rasmi, seterusnya bacaan doa penutup yang dibacakan oleh peserta kursus 18428 Sjn Izzat bin Hamdan.



