NEWS HEADLINES
PERBARISAN BULANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu, 05 Julai 2023 – Perbarisan Bulanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini disertai seramai 574 anggota terdiri daripada seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk pegawai, peserta kursus dan rekrut pengambilan lelaki ke-171. Hadir pada perbarisan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 02/2023
PENANJONG GARISON, Jumaat, 30 Jun 2023 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 02/2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn SPT IL ABDB) telah selesai dan sempurna dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.
PENANJONG GARISON MENGADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1444 HIJRAH/2023 MASEHI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 30 Jun 2023 – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun 1444 Hijrah / 2023 Masehi, Penanjong Garison sekali lagi sepertimana lazimnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah bertempat di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
PENANJONG GARISON MENGADAKAN SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA 1444 HIJRAH/2023 MASEHI
PENANJONG GARISON, Khamis, 29 Jun 2023 – Penanjong Garison telah meraikan Hari Raya Aidiladha 1444H/2023M dengan Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha secara berjemaah pada pagi ini di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
PENANJONG GARISON MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1444 HIJRAH/2023 MASIHI
PENANJONG GARISON, Rabu, 28 Jun 2023 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Takbir Hari Raya Aidiladha 1444H/2023M di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison pada malam ini bagi menandakan bermulanya sambutan Hari Raya Aidiladha.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA (KKK) SIRI 1/2023
PENANJONG GARISON, Jumaat, 04 Zulhijjah 1444/23 Jun 2023 – Cawangan Latihan Kesihatan dan Keselamatan Kerja (CL3K) telahpun mengadakan Majlis Penutupan Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 1/2023 yang sempurna dilaksanakan bertempat di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison.





