​​Perbarisan bulanan IL ABDB 05.07.23.jpg

PENANJONG GARISON, Rabu, 05 Julai 2023 – Perbarisan Bulanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini disertai seramai 574 anggota terdiri daripada seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk pegawai, peserta kursus dan rekrut pengambilan lelaki ke-171.  Hadir pada perbarisan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.

 

Ketua perbarisan pada kali ini ialah 1016 Mejar Dk Hajah Siti Noraishah binti Pg Haji Tajudin. Perbarisan tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan kemudian diikuti dengan laungan bacaan ikrar IL ABDB “Ikrar Kami”, yang dipimpin oleh 1309 Leftenan Ak Muhd Naufal bin Pg Haji Aliashim.

 

Perbarisan diteruskan dengan ucapan oleh YM Komandan IL ABDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh 17816 Sarjan Mohamad Hadhri bin Ismail dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

 

Komandan IL ABDB dalam ucapannya antara lain memfokuskan mengenai keutamaan disiplin, etika dan profesionalisme, serta menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang tentera, sivil dan ugama. Beliau seterusnya menekankan bahawa pentingnya setiap individu untuk menjaga nama baik institusi. Beliau juga menyentuh mengenai dengan persiapan bagi acara penting yang akan datang iaitu Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun.

Perbarisan bulanan IL ABDB 2.jpg​ 

Perbarisan bulanan IL ABDB 3.jpgPerbarisan bulanan IL ABDB 4.jpgPerbarisan bulanan IL ABDB.5.jpg​​