NEWS HEADLINES
LAWATAN KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE LP348 BAGI EKSESAIS PAHLAWAN MUDA KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK SIRI 3/2018
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 29 NOVEMBER 2018 - Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta Sarjan Mejar Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari ini telah berpeluang untuk melawat ke LP348 iaitu lokasi EKSESAIS PAHLAWAN MUDA yang dilaksanakan oleh ahli-ahli Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 3/2018 yang dikendalikan oleh Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari ini.
MAJLIS MAKAN TENGAHARI (CURRY LUNCH) SAMPENA PERPISAHAN LS 2165 MEJAR ADRIAN KINGSTON
PENANJONG GARISON, Rabu, 28 November 2018 – Majlis Makan Tengahari (Curry Lunch) sampena perpisahan LS 2165 Mejar Adrian Kingston telah berlangsung di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BAGI KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SESI 2018
PENANJONG GARISON, Selasa, 27 November 2018 – Majlis Makan Malam Beradat bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2018 telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison. Tetamu Kehormat Majlis Makan Malam Beradat tersebut ialah Yang Mulia Pegawai Waran Satu (FSM) Ahmad bin Haji Abd Kadir, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pengerusi bagi Majlis Makan Malam Beradat tersebut ialah 13171 PW2 Bahrin bin Mohammad, salah seorang peserta kursus daripada sindiket 10.
MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI HUT IL ABDB YANG KE 49 TAHUN
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 6 APRIL 2017. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan bacaan Surah Yassin sempena Hari Ulang Tahun penubuhannya yang ke 49 tahun yang diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Sehubungan dengan itu, Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib, diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Surah Yassin, Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Solat Fardhu Isyak. Bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran telah dikepalai oleh Yang Mulia Kpl Hj Md Yusri bin Hj Awg Yusof, Imam Rawatib Surau Al-Hikmah Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
ATASE-ATASE PERTAHANAN THAILAND MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE KOMANDAN IL ABDB
PENANJONG GARISON, ISNIN, 2 April 2018 – Pada petang ini, Yang Mulia Kolonel Sorrawat Pattamakom, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya dan diganti oleh Yang Mulia Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Semasa Kunjungan Tersebut Yang Mulia Komandan IL ABDB merakamkan penghargaan kepada Atase Pertahanan Thailand yang lama di atas kerjasama dan hubungan baik bersama ABDB amnya.
ATASE-ATASE PERTAHANAN VIETNAM MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE KOMANDAN IL ABDB
PENANJONG GARISON, ISNIN, 2 APRIL 2018 - Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Mulia Senior Colonel Nguyen Van Son, Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya dan Yang Mulia Senior Colonel Nguyen Tien Son, Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik pada pagi ini.