CCThailand201801
PENANJONG GARISON, ISNIN, 2 April 2018 – Pada petang ini, Yang Mulia Kolonel Sorrawat Pattamakom, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya dan diganti oleh Yang Mulia Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Semasa Kunjungan Tersebut Yang Mulia Komandan IL ABDB merakamkan penghargaan kepada Atase Pertahanan Thailand yang lama di atas kerjasama dan hubungan baik bersama ABDB amnya.

Beliau juga berkesempatan untuk mengalukan kedatangan Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam dan berharap dapat berpeluang dalam menjalinkan hubungan kerja rapat dengan Yang Mulia Kolonel Nopadej Pansri bagi kepentingan IL ABDB Khasnya dan ABDB Amnya. Kunjungan Hormat diakhiri dengan bertukar cenderahati bagi tanda penghargaan dan menandatangani lembaran kenangan bagi kedua-kedua Atase Pertahanan sebelum meninggalkan IL ABDB.

CCThailand201802

CCThailand201806