5PENANJONG GARISON, Rabu, 28 November 2018
– Majlis Makan Tengahari (Curry Lunch) sampena perpisahan LS 2165 Mejar Adrian Kingston telah berlangsung di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al- Fatihah sebelum disusuli dengan menikmati jamuan makan tengahari. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Tetamu Kehormat Majlis dan diikuti dengan penyampaian cenderahati. Dalam ucapan tersebut, beliau menghargai jasa bakti LS 2165 Mejar Adrian Kingston selama berkhidmat di IL ABDB, termasuk implementasi Sistem Pendekatan kepada Latihan (System Approach to Training – SAT) dan penglibatan beliau didalam perancangan dan pengendalian Instructor Selection Cadre bagi pemilihan bakal jurulatih- jurulatih yang berpotensi menjadi tenaga pengajar. LS 2165 Mejar Adrian Kingston juga telah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran didalam kejayaan IL ABDB mengasaskan Projek Diploma Accreditation bersama dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) pada bulan November 2017.

Dalam ucapan balas beliau, LS 2165 Mejar Adrian Kingston menghargai persahabatan dan kerjasama yang diberikan oleh pegawai- pegawai di IL ABDB khasnya dan ABDB amnya disamping menghargai pengalaman selama berkhidmat dan menetap di Negara Brunei Darussalam.

Acara diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Kapten Haji Shahereen bin Haji Abu Bakar dan sesi bergambar ramai.

4

2

3

5