NEWS HEADLINES
PERMULAAN FASA HOLDING BAGI BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-164
PENANJONG GARISON, Isnin, 07 Januari 2019 - Seramai 230 bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-164 telah melapor untuk menjalani fasa Holding bermula pada hari Isnin, 7 Januari 2019 sehingga hari Jumaat, 18 Januari 2019 bertempat di Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Fasa Holding merupakan fasa pengenalan yang mana Bakal Rekrut diberikan pendedahan awal dalam perlaksanaan latihan asas ketenteraan dalam tempoh dua minggu.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS PTB KANAN KERANI SIRI 1/2018
PENANJONG GARISON, Isnin, 07 Jan 2019 – Majlis Pembukaan Kursus PTB Kanan Kerani Siri 1/2018 telah diadakan hari ini di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh 828 Mej Dyg Siti Nur’Afiqah bte Hj Awg Morsidi, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB.
KURSUS ASAS KOMPUTER SIRI 2/2016 TAMAT DENGAN JAYANYA
PENANJONG GARISON, 16 FEBRUARI 2016 – Pada petang tadi, Pusat Evolusi IL ABDB telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Asas Komputer Siri 2/2016. Kursus Asas Komputer merupakan kursus mandatori kepada anggota-anggota vokasyen perkeranian. Dalam kursus ini, anggota-anggota perkeranian dikenalkan kepada pengetahuan asas teori komputer serta asas-asas penggunaan Windows 7 dan Microsoft Office. Matlamatnya adalah bagi melahirkan anggota perkeranian yang celik komputer dan berkemahiran dalam penggunaan komputer.
MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ABDB
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 6 Januari 2017 - Satu Majlis Makan Malam bagi meraikan pegawai-pegawai Institut Latihan ABDB yang bertukar keluar dan masuk unit Institut Latihan ABDB telah diadakan di Restoran Tarindak D’Seni, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan. Majlis tersebut adalah untuk meraikan Mejar Zulhelmi bin Masdar, Pegawai Pinjaman dari Angkatan Tentera Malaysia yang telah menamatkan jangka penempatan di Institut Latihan ABDB sebagai Jurulatih Kanan di Sekolah Infantri IL ABDB dan Mejar Ahmad Boharie bin Mansur, Ejutan Institut Latihan ABDB yang bertukar sebagai Pegawai Memerintah Kompeni ‘A’ Batalion Pertama TDDB.
MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS LOGISTIK SIRI 3/2018
PENANJONG GARISON, KHAMIS 13 DISEMBER 2018 - Upacara Penutup Kursus bagi Asas Logistik siri 3/2018 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 39 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 24 orang, 05 orang daripada Tentera Laut Diraja Brunei, 04 orang daripada Institut Latihan ABDB, 02 orang daripada Kementerian Pertahanan, 02 daripada Akademi Pertahanan ABDB dan 2 orang daripada unit Pasukan Simpanan Gurkha. Kursus Asas Logsitik ini berjalan selama 5 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus kerjaya yang harus dihadiri oleh semua pengawas stor bagi melayakkan memegang jawatan dalam Kuartermaster dan Logistik.
KOMANDAN INSTITUT LATIHAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DEKAN, CORPS OF PROFESSORS, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA REPUBLIK FILIPINA
PENANJONG GARISON, Rabu, 12 Disember 2018 – Komandan Institut Latihan, Yang Mulia Lt Kol Mohammad Shafiee bin Haji Duraman telah menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Archimedes H Viaje, Dekan, Corps of Professors, Angkatan Bersenjata Diraja Filipina (AFP) pada petang ini di Bilik Mesyuarat Markas Institut Latihan. Semasa Kunjungan hormat, Komandan Institut Latihan mengalu- alukan kehadiran Brigedier Jeneral Archimedes H Viaje ke Negara Brunei Darussalam dan memberikan penghargaan diatas lawatan kerja ke Institut Latihan yang mana bertujuan untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan persefahaman antara dua negara serta menceburi pelbagai kolaborasi diantara IL ABDB dan AFP.
