​Bandar Seri Begawan, Jumaat, 6 Januari 2017 - Satu Majlis Makan Malam bagi meraikan pegawai-pegawai Institut Latihan ABDB yang bertukar keluar dan masuk unit Institut Latihan ABDB telah diadakan di Restoran Tarindak D’Seni, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan. Majlis tersebut adalah untuk meraikan Mejar Zulhelmi bin Masdar, Pegawai Pinjaman dari Angkatan Tentera Malaysia yang telah menamatkan jangka penempatan di Institut Latihan ABDB sebagai Jurulatih Kanan di Sekolah Infantri IL ABDB dan Mejar Ahmad Boharie bin Mansur, Ejutan Institut Latihan ABDB yang bertukar sebagai Pegawai Memerintah Kompeni ‘A’ Batalion Pertama TDDB. 
Sementara itu dalam majlis tersebut juga turut meraikan dua orang pegawai yang bertukar masuk ke Institut Latihan ABDB iaitu; Mejar Edham bin Harlip sebagai Pemangku Penolong Pegawai Memerintah Sekolah Infantri IL ABDB dan Kapten Dayang Siti Norafiqah binti Awang Haji Morsidi yang akan memegang jawatan Ketua Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan Institut Latihan ABDB.
Dalam majlis tersebut Yang Mulia Tetamu Kehormat berkesempatan untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang diraikan dan seterusnya menyampaikan cenderahati kenang-kenangan dari pegawai-pegawai dan warga Institut Latihan ABDB. Majlis Makan Malam merupakan satu kelaziman di Institut Latihan ABDB sebagai penghargaan dan seterusnya meraikan pegawai-pegawai yang bertukar keluar dan masuk unit Institut Latihan ABDB.

thumbnail DSC 18353

thumbnail DSC 18092