NEWS HEADLINES

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENINGKATAN KOMPUTER SIRI 2/2018

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENINGKATAN KOMPUTER SIRI 2/2018

Penanjong Garison, Jumaat 01 Mac 2019 – Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2018 telah selesai dikendalikan selama 6 minggu bermula pada 21 Januari 2019. Seramai 25 anggota ABDB dan 01 orang anggota Agensi Luar (PDB) telah menghadiri dan tamat dalam kursus tersebut. Antara matlamat kursus ini adalah supaya anggota-anggota kerani akan menjadi lebih mahir dalam aplikasi Microsoft Office (Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint) serta berupaya untuk mengaplikasikan penggunaan perisian berkenaan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

read more
MAJLIS PENUTUP KURSUS RQMS/KMSR SESI 2018

MAJLIS PENUTUP KURSUS RQMS/KMSR SESI 2018

​PENANJONG GARISON, KHAMIS 21 FEBRUARI 2019. Upacara Penutup Kursus bagi RQMS/KMSR sesi 2018 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 10 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai seorang, 02 orang daripada Tentera Laut Diraja Brunei, 02 orang daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 02 orang daripada Institut Latihan ABDB, 02 orang daripada kementerian pertahanan, dan seorang daripada unit ASMDB. Kursus RQMS/KMSR ini berjalan selama 6 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus kerjaya yang harus dihadiri sebelum melayakkan memegang jawatan sebagai RQMS/KMSR dalam Kuartermaster dan unit-unit dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

read more
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH YANG KE 45

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH YANG KE 45

PENANJONG GARISON, Sabtu, 16 Februari 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sambutan Hari Puja Usia Yang Ke-45 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

read more

MAJLIS PEMBUKAAN TILAWAH AL-QURAN SAMPENA JUBLI EMAS INSTITUT LATIHAN ABDB 2019

​​PENANJONG GARISON, RABU, 06 FEBRUARI 2019 – Majlis Pembukaan Tilawah Al-Quran sampena Jubli Emas telah berlangsung di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dan dihadiri oleh Pegawai- Pegawai, PTB- PTB Kanan dan anggota lain-lain peringkat dan yang berkursus di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut sama hadir adalah anggota Rekrut lelaki pengambilan ke 163 dan 164.

read more