Penanjong Garison, Jumaat 01 Mac 2019 – Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2018 telah selesai dikendalikan selama 6 minggu bermula pada 21 Januari 2019. Seramai 25 anggota ABDB dan 01 orang anggota Agensi Luar (PDB) telah menghadiri dan tamat dalam kursus tersebut. Antara matlamat kursus ini adalah supaya anggota-anggota kerani akan menjadi lebih mahir dalam aplikasi
Microsoft Office (Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint) serta berupaya untuk mengaplikasikan penggunaan perisian berkenaan dalam melaksanakan tugas masing-masing.
                                                                                                             
Kursus Peningkatan Komputer adalah kesinambungan kepada Kursus Asas Komputer dan ini bermakna di dalam Kursus Peningkatan Komputer, kemahiran anggota-anggota diasah dan digilap lagi dengan silibus lanjutan. 
Yang Mulia Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman (Pegawai Memerintah Pusat Evolusi IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada 26 orang peserta Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2018.
Penuntut Terbaik bagi kursus tersebut kepada 21861 Sld Dk Siti Nurhaziqah binti Pengiran Emran dari Pusat Evolusi IL ABDB. Dalam ucapan beliau, Mejar Ernie mengharapkan agar anggota-anggota yang baru tamat kursus ini akan mempraktikkan pelajaran yang diperolehi serta mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta sama-sama memberikan komitmen untuk menjayakan wawasan negara.