NEWS HEADLINES

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS PTB KANAN KERANI SIRI 2/2018

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS PTB KANAN KERANI SIRI 2/2018

PENANJONG GARISON, Isnin, 18 Mac 2019 – Majlis Pembukaan Kursus PTB Kanan Kerani Siri 2/2018 telah diadakan di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).   Majlis dirasmikan oleh 828 Mej Dyg Siti Nur’Afiqah bte Hj Awg Morsidi, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB selaku Tetamu Kehormat Majlis. 

read more
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL JUNIOR OFFICER TACTIC COURSE 2018

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL JUNIOR OFFICER TACTIC COURSE 2018

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 14 MAC 2019 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Junior Officer Tactic Course 2018 (JOTC 2018) telah sempurna dilaksanakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Seramai 15 pegawai ABDB telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada 8 pegawai dari Tentera Darat Diraja Brunei, 3 pegawai dari Tentera Laut Diraja Brunei dan 4 pegawai dari Kementerian Pertahanan.
read more
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 3/2018  PUSAT EVOLUSI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (PE IL ABDB)

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 3/2018 PUSAT EVOLUSI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (PE IL ABDB)

​PENANJONG GARISON, Khamis, 14 Mac 2019 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Koperal Siri 3/2018, Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan telah berlangsung di Bilik Kuliah 81, Pusat Evolusi IL ABDB. Seramai 48 anggota telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari 40 peserta lelaki dan 08 peserta wanita masing-masing daripada Kementerian Pertahanan seramai 06 anggota, Tentera Darat Diraja Brunei seramai 37 anggota dan IL ABDB seramai 05 anggota.
read more
PERMULAAN FASA HOLDING BAGI BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-55

PERMULAAN FASA HOLDING BAGI BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-55

​PENANJONG GARISON, Isnin, 11 Mac 2019 – Seramai 60 bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-55 telah melapor untuk menjalani fasa Holding bermula pada Hari Isnin, 11 Mac 2019 sehingga Hari Jumaat, 22 Mac 2019 bertempat di Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Fasa Holding merupakan fasa pengenalan yang mana Bakal Rekrut diberikan pendedahan awal dalam perlaksanaan latihan asas ketenteraan dalam tempoh dua minggu.
read more
MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA PERTUKARAN KELUAR DAN MASUK PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2019

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA PERTUKARAN KELUAR DAN MASUK PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2019

PENANJONG GARISON, Jumaat 01 Mac 2019 – Majlis Makan Malam Beradat Sempena Pertukaran Keluar dan Masuk Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB telah diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis dikendalikan adalah sebagai satu tanda penghargaan dan penghormatan bagi mengenang jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh pegawai-pegawai yang diraikan disepanjang perkhidmatan mereka di Institut Latihan ABDB. Majlis juga turut meraikan 08 Pegawai-pegawai yang baru ditempatkan di Institut Latihan ABDB.

read more