PENANJONG GARISON, Jumaat 01 Mac 2019 – Majlis Makan Malam Beradat Sempena Pertukaran Keluar dan Masuk Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB telah diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis dikendalikan adalah sebagai satu tanda penghargaan dan penghormatan bagi mengenang jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh pegawai-pegawai yang diraikan disepanjang perkhidmatan mereka di Institut Latihan ABDB. Majlis juga turut meraikan 08 Pegawai-pegawai yang baru ditempatkan di Institut Latihan ABDB.Hadir bagi menerima penghargaan pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, mantan Komandan IL ABDB serta isteri, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, mantan Ketua Jurulatih IL ABDB serta isteri, Yang Mulia Mejar Muhammad Suradzin bin Haji Muhammad Yusof, mantan Timbalan Pegawai Turus Inspektorat IL ABDB serta isteri, Yang Mulia Mejar Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Mohammd Zain, serta isteri dan Yang Mulia Mejar Abdul Mubin bin Timbang, mantan-mantan Timbalan Pegawai Turus Logistik IL ABDB serta Yang Mulia Mejar Pengiran Haji Malek Yusri bin Pengiran Haji Zaidi, mantan Ketua Cwgn Lthn Semboyan serta isteri.
Tetamu Kehormat Majlis bagi majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB serta isteri. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan beramah mesra bersama Pegawai-pegawai yang diraikan dan seterusnya Majlis Makan Beradat dimulakan. Sebagai tanda penghargaan, Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman telah menyampaikan cenderahati kepada Pegawai-pegawai yang diraikan dan cenderahati bagi pasangan disampaikan oleh Yang Mulia Zaiton binti Haji Abu Talip, Isteri kepada Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman.




