IMG-20190315-WA0009.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 14 Mac 2019 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Koperal Siri 3/2018, Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan telah berlangsung di Bilik Kuliah 81, Pusat Evolusi IL ABDB.
Seramai 48 anggota telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari 40 peserta lelaki dan 08 peserta wanita masing-masing daripada Kementerian Pertahanan seramai 06 anggota, Tentera Darat Diraja Brunei seramai 37 anggota dan IL ABDB seramai 05 anggota. 
Kursus yang dijalankan selama dua minggu ini telah memberi pendedahan tentang nilai-nilai dan kriteria-kriteria kepimpinan yang menjadi garis pandu ke arah peningkatan diri bukan saja dalam bidang ketenteraan bahkan juga pendidikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kemahiran kepimpinan melalui pengasuhan bakat dalam bidang ilmu pengetahuan, melalui pengalaman, keterampilan peribadi dan kemahiran pengurusan sebagai usaha ke arah membentuk warga ABDB yang cemerlang dan produktif.
Tetamu Kehormat bagi majlis penutupan tersebut ialah Yang Mulia Mejar Muhammad Ubaidy bin Muhammad Umbu, Pemangku Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, guru dan jurulatih-jurulatih yang turut sama mengajar dan mencurahkan ilmu sepanjang kursus ini dijalankan. 
Acara kemuncak bagi majlis tersebut diikuti dengan penutupan rasmi Kursus Kepimpinan Koperal Siri 3/2018. Majlis disudahi dengan bacaan doa selamat dan acara bergambar.
THE CLOSING CEREMONY OF CORPORAL LEADERSHIP COURSE SESSION 3/2018 EVOLUTION CENTRE TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (EC TI RBAF) 
PENANJONG GARRISON, Thursday, 14 March 2019 – The Closing Ceremony of Corporal Leadership Course Session 3/2018, Leadership and Management Wing was held at Lecture Room 81, Evolution Centre, TI RBAF.
A total of 48 participants has attended the course, which consisted of 40 males and 08 female from Ministry of Defense 06 participants, RBLF with total of 37 participants and from TI RBAF 05 participants.
The course run for two weeks has provided an immersive exposure about the values and criteria that underline the leadership and guidelines towards self-improvement not only in the military sphere, but also in education. 
Furthermore, it also aims to improve the leadership skills through nurturing of talent in the field of knowledge, experience, personal and management skills towards creating excellent and productive RBAF personnel.
The Guest of Honour for the event was Yang Mulia Major Muhammad Ubaidy bin Muhammad Umbu, Acting Commanding Officer, School of Military Trade, TI RBAF. Also present was senior officers, teachers and instructors who were involved in teaching and impart of knowledge throughout the course. 
The highlight of the ceremony was followed by the official closing of Corporal Leadership Course Session 3/2018. The ceremony ended with the recitation of doa and group photo session.
IMG-20190315-WA0008.jpg
20190315_135952.jpg

20190315_135952.jpg

20190315_135931.jpg