NEWS HEADLINES
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS IL ABDB
PENANJONG GARISON, Jumaat, 3 Mei 2019 - Warga Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Istimewa sempena sambutan Jubli Emas IL ABDB, bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran 5 anak-anak yatim dan 9 anak-anak istimewa kepada anggota-anggota IL ABDB bersama keluarga.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PTB KANAN KERANI SIRI 2/2018
PENANJONG GARISON, Khamis, 02 Mei 2019 – Majlis Penutup Kursus PTB Kanan Kerani Siri 2/2018 telah diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison. Majlis Penutup Kursus telah dirasmikan oleh 706 Mej Ruhaizmi bin Hj Rusli, Pegawai Memerintah Kompeni Pentadbir, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku Tetamu Kehormat Majlis dan diiringi oleh 983 Kapten Majiidah binti Hj Sidek, Ketua Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Jemputan-jemputan Khas serta Peserta Kursus PTB Kanan Kerani Siri 2/2018.
KEMPEN MENDERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-58
PENANJONG GARISON, Isnin, 29 April 2019 - Kempen Menderma Darah telah diadakan pada hari ini bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-58. Kempen tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Nikmat dan disertai oleh warga Penanjong Garison. Antara yang hadir pada kempen tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan ABDB.
SESI PERJUMPAAN YANG MULIA PEMERINTAH ABDB BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-163
PENANJONG GARISON, Isnin, 22 April 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), satu sesi perjumpaan telah berlangsung bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison bersama Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
AKTIVITI KEMPEN BERGOTONG-ROYONG PTB-PTB KANAN SEMPENA UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE- 163
PENANJONG GARISON, Ahad, 21 April 2019 – Bersempena dengan Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan ke- 163 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), anggota-anggota ABDB seramai 163 orang yang terdiri daripada unit Institut Latihan ABDB, Regimen Pasukan Khas, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Khidmat Bantu Kombat TDDB telah mengadakan aktiviti membersihkan kawasan-kawasan kem Penanjong Garison.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-163
PENANJONG GARISON, Khamis, 18 April 2019 – Sebagai memartabatkan pembacaan Al-Quran dikalangan rekrut, jurulatih dan warga Kompeni Rekrut Insititut latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Upacara Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-163 telah diadakan di Surau Hikmah, Penanjong Garison.





