PENANJONG GARISON, Ahad, 21 April 2019 – Bersempena dengan Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan ke- 163 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), anggota-anggota ABDB seramai 163 orang yang terdiri daripada unit Institut Latihan ABDB, Regimen Pasukan Khas, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Khidmat Bantu Kombat TDDB telah mengadakan aktiviti membersihkan kawasan-kawasan kem Penanjong Garison.

Turut serta dalam kempen tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee Bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB dan Ketua Sel Inspektorat IL ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie. Kempen ini juga dihadiri oleh RSM Institut Latihan ABDB, RSM Batalion Bantu, RSM Regimen Pasukan Khas serta WSM Penanjong Workshop. 
Kempen tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara unit-unit khasnya kepada Pegawai dan PTB-PTB Kanan Penanjong Garison.
DSC_0158.JPG
DSC_0174.JPG

DSC_0157.JPG