NEWS HEADLINES
PENYERAHAN KUPON MINUMAN KEPADA AHLI-AHLI MES DAN PETUGAS-PETUGAS MES PEGAWAI, PENANJONG GARISON
MAJLIS PENYAMPAIAN KUPON MINUMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI ANGGOTA – ANGGOTA BUJANG INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Isnin 03 Jun 2019 – Majlis Penyampaian Kupon Minuman sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian kupon minuman.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1440 HIJRAH
PENANJONG GARISON, Isnin 03 Jun 2019 – Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1440 Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
MAJLIS BERTADARUS SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DI SURAU AL-HIKMAH, PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Jumaat, 24 Mei 2019 - Sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1440H, Penanjong Garison pada hari ini telah mengadakan ceramah khas bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Acara dimulakan dengan bertadarus Surah Ali Imran ayat 30 hingga ayat 37, kemudian menunaikan Solat Sunat Dhuha dan diikuti dengan ceramah khas bersempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Pg Hj Reduan bin Pg Hj Badarudin, Penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1440H / 2019M
PENANJONG GARISON, Ahad, 19 Mei 2019 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Mantan-Mantan Komandan IL ABDB bagi Tahun 1440H / 2019M bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Majlis tersebut turut diisikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah. Hadir selaku jemputan khas pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Negara Brunei Darussalam dan juga Jemputan-jemputan khas yang lain terdiri daripada mantan-mantan Komandan IL ABDB.
CERAMAH KHAS KULIAH ZUHUR SEMPENA HARI KELUARGA KEBANGSAAN DI SURAU AL-HIKMAH, PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, KHAMIS 16 MEI 2019 – Ceramah Khas Kuliah Zuhur sempena Hari Keluarga Kebangsaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Zulkifli bin Haji Zakaria daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam yang telah berlangsung di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.





