mes peg 1 (1).JPGPENANJONG GARISON, Khamis 30 Mei 2019 – Ahli Jawatankuasa Mes Pegawai Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Penyerahan Kupon Minuman bagi ahli-ahli Mes serta Petugas-petugas Mes Penanjong Garison bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Turut hadir pada majlis ini adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Majlis dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh 1123 Lt Abdul Mu’iz bin Zulkifli dan seterusnya diteruskan dengan  penyampaian Kupon-kupon minuman daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB kepada ahli-ahli mes Pegawai serta petugas-petugas mes.  

Adapun tujuan pembahagian minuman tersebut diadakan adalah salah satu inisiatif Mes, sedikit sebanyak dapat menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ianya juga dapat meringankan dan membantu bagi setiap ahli-ahli Mes yang mana ianya adalah satu tradisi semua Mes di dalam ABDB pada setiap tahun bila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Majlis diakhiri sesi bergambar ramai bersama ahli-ahli mes Pegawai serta petugas-petugas mes Penanjong Garison.  
mes peg 1 (2).JPG
mes peg 1 (3).JPG