NEWS HEADLINES
MAJLIS PENYAMPAIAN DANA KEBAJIKAN
PENANJONG GARISON, Ahad, 2 Ogos 2020 – telah diadakan Majlis Penyampaian Dana Kebajikan kepada salah seorang anggota Institut Latihan ABDB (IL ABDB) yang terlibat di dalam kebakaran rumah banglo G51 dan G52 Penanjong Garison.
MAJLIS MALAM TAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 1441 HIJRAH
PENANJONG GARISON, Jumaat, 31 Julai 2020 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Malam Takbir Sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1441 Hijrah pada Hari Jumaat, 31 Julai 2020 di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
MAJLIS SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA PERINGKAT PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Sabtu, 01 Ogos 2020 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, ISNIN, 27 Julai 2020 – Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan kepada Pegawai-Pegawai Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai IL ABDB.
LAWATAN KERJA PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI KE TRAINING SIMULATION CENTER
PENANJONG GARISON, RABU, 22 Julai 2020 – Training Simulation Center telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei. Rombongan lawatan kerja diketuai oleh Penguasa Polis Mohammad Nor bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Komandan Pusat Latihan Polis. Rombongan tersebut terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan wakil-wakil dari Pusat Latihan Polis Brunei, Bahagian Latihan PDB, Pasukan Gerak Khas, Polis Marin dan kompeni-kompeni Riot Unit.
MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT PTB RENDAH INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 17 Julai 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat kepada PTB Rendah, IL ABDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah dan Pegawai Memerintah unit-unit, Pegawai-Pegawai Kanan, Ejutan Markas Garison, Ejutan IL ABDB dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR). Majlis berlangsung di DAIS Markas IL ABDB, Penanjong Garison.





