
Lawatan kerja dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Leftenan Kolonel (B) Haslen bin Haji Hassan, Ketua Pegawai Operasi Royal Brunei Technical Services Training. Seterusnya dengan sesi taklimat mengenai dengan Training Simulation Center yang disampaikan oleh Pengiran Muhamad Rafie, Pemangku Ketua Unit, Training Simulation Center. Lawatan kerja diteruskan dengan lawatan ke fasiliti-fasiliti yang terdapat di Training Simulation Center dan diakhiri dengan sesi perbincangan.
Dengan adanya lawatan kerja tersebut, ianya dapat mempertingkatkan lagi hubungan kerja dan silaturahim di antara agensi kerajaan dengan Royal Brunei Technical Services.


