
Seramai 19 anggota telah dinaikan pangkat; seramai 06 anggota dinaikan ke Koperal Tetap, seramai 08 anggota dinaikan ke Pemangku Koperal dan seramai 05 anggota dinaikan ke pemangku Lans Koperal.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Mohammad Shakir Farhan bin Haji Omar, imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Majlis diteruskan dengan menandatangani lembaran kenangan dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan, SMR IL ABDB dan Anggota PTB Rendah yang dinaikan Pangkat.


