NEWS HEADLINES
LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Selasa, 27 Oktober 2020 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Pemerintah ABDB) dan rombongan telah mengadakan lawatan Pemeriksaan Akhir ke Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada pagi ini. Turut serta menyertai rombongan tersebut ialah Ketua Staf Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pengarah-Pengarah Angkatan Tentera, Pengarah Kewangan dan Perolehan dan Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja.
ROMBONGAN SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PERTAHANAN DI MAJLIS DIKIR MAULUD SURAU AL-HIKMAH
Penanjong Garison, Ahad, 25 Oktober 2020 – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW 1442 Hijrah, rombongan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan menghadiri acara Dikir Syarafil Anam di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Penanjong Garison, Khamis, 05 Rabiulawal bersamaan dengan 22 Okt 2020 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat bagi PTB- PTB Kanan IL ABDB. Majlis tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ATTENDS DIKIR MAULUD AT PENANJONG GARISON
MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKKAN PANGKAT PTB-PTB RENDAH INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Penanjong Garison, Khamis, 22 Oktober 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
PENUTUP KURSUS TEMPUR KETUA RONDA SESI 2020
Penanjong Garison, Khamis, 15 Oktober 2020 – Cawangan Latihan Peperangan Hutan, Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Tempur Ketua Ronda Sesi 2020 yang bertempat di Bilik Kuliah, Bangunan Markas Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.





