
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud,S.M.B, P.S.B, QHI, psc(J), Komandan Institut Latihan ABDB dan turut menyaksikan bagi Majlis tersebut Timbalan Komandan, Pegawai-Pegawai Jemputan, Sarjan Mejar Rejimen, Garison Sarjan Mejar, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.
Seramai 08 anggota PTB-PTB Kanan yang diraikan dan pecahan yang diraikan adalah 01 anggota penerima pangkat Tetap Sjn iaitu 17862 Sjn Md Shahrul bin Bakri dan 07 anggota penerima pangkat Pemangku Sjn iaitu 17077 Sjn Mahdini bin Osli, 17731 P/Sjn Mohd Ismasharil bin Haji Ismail, 17926 P/Sjn Mohd Nasir bin Siahat, 18462 P/Sjn Mohd Farhie bin Mahali,19097 P/Sjn Abdul Basyir bin Bidin, 21458 P/Sjn Rabi’atul Adawiyah binti Mohd Azamin, 21470 P/Sjn Salmiah binti Bidin.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah yang diketuai oleh Muhd Syakir Farhan bin haji Omar, Imam Surau Al Hikmah, Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat kepada penerima-penerima pangkat yang diraikan.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Komandan, Pegawai- Pegawai Jemputan SMR IL ABDB, PMC Mes dan PTB kanan yang diraikan. Seterusnya menikmati jamuan dan Menandatangani Lembaraan Kenangan.

